Monday, 1 May 2017

Pengalaman kerja kilang (perindustrian)


Dulu, aku nak cari info tentang sesuatu yang ringkas seperti ringkasnya topik aku ini memang payah. Tak banyak carian yang aku jumpa untuk bantu aku bagi gambaran tentang sesuatu perkara yang,  you know, budak budak nak up baru terniat explore? So, hopely entry aku ni berguna jugak lah untung sesiapa walaupun tak ada siapa review setakat ni; P

Bila kau,  i mean adik adik dah graduate from somewhere dan masa kau tengah tunggu tawaran belajar atau cuti mid sem ke,  masa terluang mesti akan terfikir nak buat duit. Here,  ada e few kerja yang kau boleh buat which is bisnes,  staff kedai dan kerja kilang. I bet,  kerja kilang paling orang tak nak,  sebab,  banyak sangat foreigners yang miang dan tak bertamadun. Kan?

Aku sebagai anak johor for sure ramai yang tahu,  banyak kawasan perindustrian dekat area Johor, same goes with shah alam jugak kan?  Antaranya dekat Senai,  Pelabuhan Tanjung Pelepas, Kempas, Gelang patah, Tampoi dan banyak lagi tempat.  Di entry kali ni, aku nak highligh kan sistem kilang, pengaruh sosial, persekitaran dan apa apa yang aku rasa dapat mengambarkan apa itu kilang?


SISTEM KILANG

Ikut keterbatasan fahaman aku,  kilang ni terbahagi kepada beberapa department which is the major is production,  management and etc (human resources, maintenance,cleaner,kantin ...... Bka bla). Jom aku cerita perihal the major department,  Production!

Pekerja :

Operator (function: Hasilkan produk kilang)

Operator ini lah yang mengoperasikan barang barang kilang mengikut target output mengikut jam atau tarikh.  Contohnya,  tugas kau skru PCB dengan bracket, dan kau diberi masa dua hari untuk kejar output sebanyak 1200 unit,  maka kau kene skru lah produk tu dalam tempoh yang diberikan.

Leader (function: menguruskan semua produk yang harus dijalankan)

Leader ni biasanya dalam kalangan senior operator lah. Kalau dekat sekolah dah pangkat pengawas gitu.  Leader kene manage operator mana yang akan jalankan produk A, B, C. Berapa output yang diperlukan untuk tempoh sekian sekian.

Quality control (Qc),  (function: jaga kualiti produk)

Qc ini kerjanya lebih santai tapi sekali kau terlepas barang reject dalam kuantiti yang banyak dan uncrontol, kirim salam pada diri. Qc ni kene rajin masuk line.  Satu line mungkin ada lebih 10 barang/produk. Kau kene tahu untuk barang A, apa reject yang selalu terjadi.  Setiap barang rejectnya tak sama.  Kau kene cepat belajar dan ingat. Contoh, satu produk dengan part number AJY94679-33, ada reject named Insert broken yang menyebabkan satu bahagia body produk tidak dapat di fitting,  maka kau kene ambil tindakan. Tindakan apa? Nanti akan di ajar.

Untuk adik adik yang baru graduate, akak kau ni rasa ini jelah yang patut kau tahu as basic. Ada lagi jawatan lain,  tapi akak kau ni akan ceritakan secara ringkas saja.

 

Kilang elektronik,  smock untuk operator 


Dalam production ada satu lagi position iaitu supervisor,  dia ni lah boss kepada leader dan dua kali boss kepada operator dan qc. Ada kerani,  ada technition,  ada engineer dan ada manager.  Mungkin ada lagi position yang aku tak highlight? Kita cerita bab production jelah ye.  Nak cerita lebih meluas,  kene kerja kilang dulu. Baru tahu penangan susah senang mak bapak kita kerja kilang dengan basic RM 1k. Tapi dah campur macam macam elaun, cecah jugak rm 1.5k above.  Jumlah yang ok lah untuk budak budak fresh!

Pengaalaman:

After SPM,  aku kerja dekat satu kilang separuh molding (buat body barang which is so hotttt) separuh essembly (ber-air conditioner dan better). Waktu ni bodoh bodoh lagi, kerja kilang pon under agent which mean i is budak contract.  Potensi salary kene rembat dengan agent sangat wujud. Tapi yang bestnya,  aku jadi QC. Kerja santai.  Cop barang sana cop barang sini.  Lepas itu,  buat report.  Kadang kadang on hold barang (tahan barang reject dari release).

After STPM pula,  aku kerja dekat kilang elektronik as operator and assistant clerk. Kenapa aku ada dua position? Rezeki Allah lah awak.

 

Tugasan sebagai production assistant clerk for 3 month only


PENGARUH SOSIAL

Mana mana kilang pon,  kebanjiran foreigners paling selalu kita nampak.  Tak boleh tak terserempak langsung! Majoriti daripada mereka ini dari nepal, bangla,  myanmar,  indonesia dan seangkatan dengannya. Jadi adik adik, kau ada akal untuk berfikir.  Kau ada akal untuk avoid diri kau dari terjebak kepada negative influences.

What kind of negative influences?

Pekerja asing dengan izin (PADI) ni, dia ada tempoh tertentu untuk bekerja dan dia pon diarahkan buat medical check up setiap tahun.  Tapi dari segi attitude tu tak boleh dibuat check up lah pula.

Adik adik yang mudah culture shock ni kena beware lah. Mereke si PADI ni dia dah terbiasa dengan budaya hidup dekat negara dieorang.  Umpama nak di biaskan tu memang susah. Contoh,  si nepal ni suka ludah merata tempat.  Akak kau mi pun tak faham kenapa.  Kau explain lah dekat dia, they couldn't do such think in our country. (Majoriti foreigners bisa ngomong ingelis ya bapak ibuk.  Ngak usah hawatir.)Kalau bebal lagi,  baru lah akak kau ni pergi hamuk dekat dia.

Si PADI ni kadang kadang demand.  Dia rasa dia dah keje lama dekat kilang dan kau si budaj baru hanya lah di celah kuku kaki mereka saja. Geram kan.  Kadang kau dah beratur nak punch card or whatsoever, eh elok elok je dia rempuh.  Siapa orang local sekarang ni?

Si PADI ni juga, ada certain habit yang kau tak biasa.  Contohnya, bau mereka.  Ye kau tak biasa.  Bau makanan mereka,  ye kau tak biasa.  Same goes dengan orang eropah yang tak biasa dengan bau tumis tumisan orang asia.




Tapi,  tak dapat dinafikan. Ada juga si PATI yang baik dekat dalam kilang. Sampai kau rasa ehhh seronok lah kawan dengan dia.  Dan kau pun belajar bahasa dia suka suka.  Kau pun akan tanya macam mana kehidupan dia dekat negara dia.  Secara tak langsung,  kau belajar geografi manusia 😂

Ada juga si PATI yang terlampau lurus.  Kadang kadang orang malaysia ni suka pijak dieorang.  Tapi dieorang ni redha jelah kene kencing.  Kadang kadang tak tahu pun kene kencing.  Punya lah senang nak tunduk kan sieorang supaya dengar cakap kita.  Contoh,  eh you kerja ar public holiday nanti,  replace i sebab barang banyak tak siap *sambil asah kuku 



Betul-betul entry basic ni.  Next time,  aku share info lagi. 




Wednesday, 26 April 2017

Kesitimewaan dan kekurangan Tingkatan 6


Hai adik-adik batch 1999 and so on,

How your Spm result?  Either good or vice versa?  Tahniah pada adik-adik yang berjaya banggakan ibu ayah.  Dan pada yang tak tercapai target,  dengar ini aku nak bagitau sesuatu.  Result Spm only on paper,  but you future in your hand.

Ramai kenalan aku yang result spm nya biasa biasa saja tapi they become somebody,  today.  Sebelum menjadi somebody,  usaha itu penting! Mesti adik-adik sedang bermain dengan common questions seperti

"mana aku nak sambung belajar? "
"mana tempat pengajian yang lebih baik? "
"apa manfaat dan jaminan yang ditawarkan?"





WHAT IS PRE UNIVERSITY :
  • Pra-universiti atau tingkatan 6
  • Sistem penggal/sem (3 sem) 
  • Disertakan denga kerja kursus (kk) 
  • 2 aliran : Sains tulen dan kemanusiaan
  • Tempoh : 1 tahun 6 bulan
COMMON QUESTION :
"Tingkatan 6 susah lah" 
Tak susah dik.  Jangan mudah terhasut dengan cakap orang.  Bukti?  Hampir 50% pelajar PraU sekolah aku mendapat PNGK 3.5 ke atas.  Bakinya, PNGK 3.0 ke atas. Hanya 20-30 pelajar je mendapat PNGK bawah 3.0, For your information,  pelajar sekolah aku ada 116 orang which mean agak ramai berbanding sekolah lain.

"Dah tu kenapa ramai cakap susah? "
STPM adalah sijil level-A yang laku di luar negara! Dan merupakan peperiksaan paling susah di Asia. Yang sulit nya ialah, 
Mengajar - Guru tingkatan 6
Cipta Soalan - majlis pelajaran malaysia (mpm) 
Tanda jawapan - pensyarah universiti, Jurulatih utama, penanda berpengalaman



KEISTIMEWAAN TINGKATAN 6 :
  • Guru bimbing seperti waktu sekolah
  • Guru ada lesen mengajar tingkatan 6
  • Guru sanggup buat kelas tambahan
  • Kos murah,  tiada hutang
  • Buku dibeli dari MPM sendiri (kalau guru anda penanda, of course they knew)
  • Kuota masuk Universiti lebih tinggi dari matrik dan diploma dan so on dan whatever
  • Pointer 2.5 pun dapat masuk universiti lebih senang dari 2.5 matrik atau diploma,  apatah lagi 3.0 ke atas (better 3.0 ke atas lah. Jangan nyawa nyawa ikan kecuali anda berdoa dengan ikhlas) 
  • Pelajar berpakaian bebas 
  • Pelajar ada batch card sendiri
  • Pelajar dapat baucer buku RM250
  • pelajar ada biasiswa sekolah
  • Pelajar terdedah dengan skill pengurusan event besar
  • Pelajar ada Majlis Perwakilan Pelajar (Mpp) seperti Universiti
  • Pelajar ada baju tersendiri (baju batik, baju koperat, baju mpp, baju sukan sendiri) 
  • Pelajar dilatih dengan aktiviti kemasyarakatan
  • Pembelajaran tiga sem (Mei-Nov, Jan-Mei, Jun-Nov) 
  • Pembelajaran dengan pelbagai teknik
  • Pembelajaran lebih rilex dari matrik hahaha
  • Pembelajaran beserta projek (a few course) 
  • Pembelajaran disertakan Malaysia University English Test (MUET) 
  • Kerja kursus membantu pointer
  • Kerja kursus asas kepada assignment level sarjana muda/degree
  • Kerja kursus ada tempoh berbulan
  • Kerja kursus satu saja bagi setiap subjek sepanjang PraU (yeah!) 
  • Aktiviti banyak dan meriah
  • Aktiviti dalam dan luar sekolah
  • Aktiviti kajian lapangan ke mana mana yang anda mahu
  • Aktiviti bersama komuniti 
Mungkin setiap sekolah keistimewaan nya tak sama. Keistimewaan ini lebih menjurus kepada Pra Universiti aku. THE SMK BANDAR TENGGARA. Sekolah terbaik peringkat kebangsaan untuk kategori STPM, mendapat no 1 di Johor dan no 8 di Malaysia. Latar belakang pelajar sekolah aku? Pelajar yang down masa SPM.  Jujur ni.  XD 
KEKURANGAN TINGKATAN 6 : 
  • Dana bantuan dapat sikit hahahaha (kene cari sumbangan luar) 
  • Terikat dengan peraturan sekolah lagi! 
  • Kurang Tingkatan 6 yang ada pusat untuk buat kolej
  • Menguruskan semua sendiri dari keperluan mahupun kemahuan T6
  • menjadi tempat bergantung harap si adik adik
  • Tiada apa apa elaun bulanan
  • Duit mengalir seperti air
  • Pengunaan phone di hadkan
  • Dipandang sinis makcik nenek 
  • Dilabel budak tak pandai
  • Kerja kursus yang rigid (betulkan selagi tak A waima 5 6 kali reject) 
  • Kuat fizikal dengan kehidupan yang buzy ketika kk berjalan
  • Kuatkan mental dimarah berkali kali (ramai nangis sob sob tak tipu) 
  • Tak boleh terlalu fashionable and sofistikated (no make up)
  • Tiada pusat komputer.  Beli laptop sendiri.  Semua orang nak pakai jugak.  SENTIASA. 
  • Harga print mahal tapi banyak nak print which mean u need a lot of money (tak sebanyak universiti) 
Bagaimana? 
Mana pun anda belajar dan menuntut ilmu,  ia tidak penting.  Yang penting niat tu betul.  Niat adik betul tak? Aku reject kolej last minutes sebab tersedar niat tak betul tau.  Terbang RM 300. HAHAHA. 
Entry ini khas untuk promosi tingkatan 6! Dan untuk pengetahuan kamu semua, kalau nak mohon UPU untuk kategori sarjana muda/degree/bancelor, tingkatan 6 merupakan option teratas diikuti matrik, diploma dan setara,  STAM. Cuba lah check :P

Feel free to ask me more. Next entry aku akan kongsikan tentang kerja kursus & aktiviti meriah tingkatan 6. For sure,  sebelum adik adik apply mana mana lah. Do not miss my update. 

Camera Oppo A37 is girl's bestfriend


Brand Oppo bukan lagi jenama asing di Malaysia.  Dengan kelebihan camera yang cantik dan menarik pasti menambat hati pengguna.  Well said, para gadis dan wanita pasti teruja dengan kelebihan yang satu ini. Selfie?  Wefie?  Bukan lagi satu masalah dengan Oppo A37!

Oppo A37 ditawarkan dengan dua warna (gold and rose gold) yang pada aku warna nya cair dan tak menawan. Haha.  Bagaimana dengan harga?  Oppo A37 ini ditawarkan dengan harga mampu milik iaitu RM 698 , dan mungkin berbeza harga dengan laman web yang turut menjual Oppo A37  seperti Lazada kerana menawarkan promosi. Mungkin?

Here, aku sertakan gambar yang ditangkap mengunakan Oppo A37 :
Tapi jujur,  gambar ini sudah di edit melalui filter instagram sebab nak bagi effect ala ala photoshoot.










 
Tak adil rasanya kalau aku upload ganbar beredit kan?  So here we go!  Aku pamekrkan beberapa gambar tanpa apa apa filter. Ulang suara,   TANPA APA APA FILTER.  mengerti? 
 

Apa pendapat korang tetang kamera dari Oppo A37? share with me. Which handphone are better than this. 
Info sedikit dan tak menarik?  
Aku cuba berlatih dan jadikan blog ini beridentiti.  Taip pun pakai phone.  Template and setting semua pon belum settle. 
Anyway,  thanks you for read this entry.   Feel free to share your comment below
 

Pengalaman kerja kilang (perindustrian)

Dulu, aku nak cari info tentang sesuatu yang ringkas seperti ringkasnya topik aku ini memang payah. Tak banyak carian yang aku jumpa untuk ...