Hai adik-adik batch 1999 and so on,
How your Spm result? Either good or vice versa? Tahniah pada adik-adik yang berjaya banggakan ibu ayah. Dan pada yang tak tercapai target, dengar ini aku nak bagitau sesuatu. Result Spm only on paper, but you future in your hand.
Ramai kenalan aku yang result spm nya biasa biasa saja tapi they become somebody, today. Sebelum menjadi somebody, usaha itu penting! Mesti adik-adik sedang bermain dengan common questions seperti
"mana aku nak sambung belajar? "
"mana tempat pengajian yang lebih baik? "
"apa manfaat dan jaminan yang ditawarkan?"
WHAT IS PRE UNIVERSITY :
- Pra-universiti atau tingkatan 6
- Sistem penggal/sem (3 sem)
- Disertakan denga kerja kursus (kk)
- 2 aliran : Sains tulen dan kemanusiaan
- Tempoh : 1 tahun 6 bulan
COMMON QUESTION :
"Tingkatan 6 susah lah"
Tak susah dik. Jangan mudah terhasut dengan cakap orang. Bukti?
Hampir 50% pelajar PraU sekolah aku mendapat PNGK 3.5 ke atas.
Bakinya, PNGK 3.0 ke atas. Hanya 20-30 pelajar je mendapat PNGK bawah
3.0, For your information, pelajar sekolah aku ada 116 orang which mean
agak ramai berbanding sekolah lain.
"Dah tu kenapa ramai cakap susah? "
STPM adalah sijil level-A yang laku di luar negara! Dan merupakan peperiksaan paling susah di Asia. Yang sulit nya ialah,
Mengajar - Guru tingkatan 6
Cipta Soalan - majlis pelajaran malaysia (mpm)
KEISTIMEWAAN TINGKATAN 6 :
- Guru bimbing seperti waktu sekolah
- Guru ada lesen mengajar tingkatan 6
- Guru sanggup buat kelas tambahan
- Kos murah, tiada hutang
- Buku dibeli dari MPM sendiri (kalau guru anda penanda, of course they knew)
- Kuota masuk Universiti lebih tinggi dari matrik dan diploma dan so on dan whatever
- Pointer 2.5 pun dapat masuk universiti lebih senang dari 2.5 matrik atau diploma, apatah lagi 3.0 ke atas (better 3.0 ke atas lah. Jangan nyawa nyawa ikan kecuali anda berdoa dengan ikhlas)
- Pelajar berpakaian bebas
- Pelajar ada batch card sendiri
- Pelajar dapat baucer buku RM250
- pelajar ada biasiswa sekolah
- Pelajar terdedah dengan skill pengurusan event besar
- Pelajar ada Majlis Perwakilan Pelajar (Mpp) seperti Universiti
- Pelajar ada baju tersendiri (baju batik, baju koperat, baju mpp, baju sukan sendiri)
- Pelajar dilatih dengan aktiviti kemasyarakatan
- Pembelajaran tiga sem (Mei-Nov, Jan-Mei, Jun-Nov)
- Pembelajaran dengan pelbagai teknik
- Pembelajaran lebih rilex dari matrik hahaha
- Pembelajaran beserta projek (a few course)
- Pembelajaran disertakan Malaysia University English Test (MUET)
- Kerja kursus membantu pointer
- Kerja kursus asas kepada assignment level sarjana muda/degree
- Kerja kursus ada tempoh berbulan
- Kerja kursus satu saja bagi setiap subjek sepanjang PraU (yeah!)
- Aktiviti banyak dan meriah
- Aktiviti dalam dan luar sekolah
- Aktiviti kajian lapangan ke mana mana yang anda mahu
- Aktiviti bersama komuniti
Mungkin setiap sekolah keistimewaan nya tak sama. Keistimewaan ini lebih
menjurus kepada Pra Universiti aku. THE SMK BANDAR TENGGARA. Sekolah
terbaik peringkat kebangsaan untuk kategori STPM, mendapat no 1 di Johor
dan no 8 di Malaysia. Latar belakang pelajar sekolah aku? Pelajar yang
down masa SPM. Jujur ni. XD
KEKURANGAN TINGKATAN 6 :
- Dana bantuan dapat sikit hahahaha (kene cari sumbangan luar)
- Terikat dengan peraturan sekolah lagi!
- Kurang Tingkatan 6 yang ada pusat untuk buat kolej
- Menguruskan semua sendiri dari keperluan mahupun kemahuan T6
- menjadi tempat bergantung harap si adik adik
- Tiada apa apa elaun bulanan
- Duit mengalir seperti air
- Pengunaan phone di hadkan
- Dipandang sinis makcik nenek
- Dilabel budak tak pandai
- Kerja kursus yang rigid (betulkan selagi tak A waima 5 6 kali reject)
- Kuat fizikal dengan kehidupan yang buzy ketika kk berjalan
- Kuatkan mental dimarah berkali kali (ramai nangis sob sob tak tipu)
- Tak boleh terlalu fashionable and sofistikated (no make up)
- Tiada pusat komputer. Beli laptop sendiri. Semua orang nak pakai jugak. SENTIASA.
- Harga print mahal tapi banyak nak print which mean u need a lot of money (tak sebanyak universiti)
Bagaimana?
Mana pun anda belajar dan menuntut ilmu, ia tidak penting. Yang
penting niat tu betul. Niat adik betul tak? Aku reject kolej last
minutes sebab tersedar niat tak betul tau. Terbang RM 300. HAHAHA.
Entry ini khas untuk promosi tingkatan 6! Dan untuk pengetahuan kamu
semua, kalau nak mohon UPU untuk kategori sarjana muda/degree/bancelor,
tingkatan 6 merupakan option teratas diikuti matrik, diploma dan setara,
STAM. Cuba lah check :P
Feel free to ask me more. Next entry aku akan kongsikan tentang kerja
kursus & aktiviti meriah tingkatan 6. For sure, sebelum adik adik
apply mana mana lah. Do not miss my update.
Ambil aliran apa bagus ya? Sains atau sastera?
ReplyDelete