Monday, 1 May 2017

Pengalaman kerja kilang (perindustrian)


Dulu, aku nak cari info tentang sesuatu yang ringkas seperti ringkasnya topik aku ini memang payah. Tak banyak carian yang aku jumpa untuk bantu aku bagi gambaran tentang sesuatu perkara yang,  you know, budak budak nak up baru terniat explore? So, hopely entry aku ni berguna jugak lah untung sesiapa walaupun tak ada siapa review setakat ni; P

Bila kau,  i mean adik adik dah graduate from somewhere dan masa kau tengah tunggu tawaran belajar atau cuti mid sem ke,  masa terluang mesti akan terfikir nak buat duit. Here,  ada e few kerja yang kau boleh buat which is bisnes,  staff kedai dan kerja kilang. I bet,  kerja kilang paling orang tak nak,  sebab,  banyak sangat foreigners yang miang dan tak bertamadun. Kan?

Aku sebagai anak johor for sure ramai yang tahu,  banyak kawasan perindustrian dekat area Johor, same goes with shah alam jugak kan?  Antaranya dekat Senai,  Pelabuhan Tanjung Pelepas, Kempas, Gelang patah, Tampoi dan banyak lagi tempat.  Di entry kali ni, aku nak highligh kan sistem kilang, pengaruh sosial, persekitaran dan apa apa yang aku rasa dapat mengambarkan apa itu kilang?


SISTEM KILANG

Ikut keterbatasan fahaman aku,  kilang ni terbahagi kepada beberapa department which is the major is production,  management and etc (human resources, maintenance,cleaner,kantin ...... Bka bla). Jom aku cerita perihal the major department,  Production!

Pekerja :

Operator (function: Hasilkan produk kilang)

Operator ini lah yang mengoperasikan barang barang kilang mengikut target output mengikut jam atau tarikh.  Contohnya,  tugas kau skru PCB dengan bracket, dan kau diberi masa dua hari untuk kejar output sebanyak 1200 unit,  maka kau kene skru lah produk tu dalam tempoh yang diberikan.

Leader (function: menguruskan semua produk yang harus dijalankan)

Leader ni biasanya dalam kalangan senior operator lah. Kalau dekat sekolah dah pangkat pengawas gitu.  Leader kene manage operator mana yang akan jalankan produk A, B, C. Berapa output yang diperlukan untuk tempoh sekian sekian.

Quality control (Qc),  (function: jaga kualiti produk)

Qc ini kerjanya lebih santai tapi sekali kau terlepas barang reject dalam kuantiti yang banyak dan uncrontol, kirim salam pada diri. Qc ni kene rajin masuk line.  Satu line mungkin ada lebih 10 barang/produk. Kau kene tahu untuk barang A, apa reject yang selalu terjadi.  Setiap barang rejectnya tak sama.  Kau kene cepat belajar dan ingat. Contoh, satu produk dengan part number AJY94679-33, ada reject named Insert broken yang menyebabkan satu bahagia body produk tidak dapat di fitting,  maka kau kene ambil tindakan. Tindakan apa? Nanti akan di ajar.

Untuk adik adik yang baru graduate, akak kau ni rasa ini jelah yang patut kau tahu as basic. Ada lagi jawatan lain,  tapi akak kau ni akan ceritakan secara ringkas saja.

 

Kilang elektronik,  smock untuk operator 


Dalam production ada satu lagi position iaitu supervisor,  dia ni lah boss kepada leader dan dua kali boss kepada operator dan qc. Ada kerani,  ada technition,  ada engineer dan ada manager.  Mungkin ada lagi position yang aku tak highlight? Kita cerita bab production jelah ye.  Nak cerita lebih meluas,  kene kerja kilang dulu. Baru tahu penangan susah senang mak bapak kita kerja kilang dengan basic RM 1k. Tapi dah campur macam macam elaun, cecah jugak rm 1.5k above.  Jumlah yang ok lah untuk budak budak fresh!

Pengaalaman:

After SPM,  aku kerja dekat satu kilang separuh molding (buat body barang which is so hotttt) separuh essembly (ber-air conditioner dan better). Waktu ni bodoh bodoh lagi, kerja kilang pon under agent which mean i is budak contract.  Potensi salary kene rembat dengan agent sangat wujud. Tapi yang bestnya,  aku jadi QC. Kerja santai.  Cop barang sana cop barang sini.  Lepas itu,  buat report.  Kadang kadang on hold barang (tahan barang reject dari release).

After STPM pula,  aku kerja dekat kilang elektronik as operator and assistant clerk. Kenapa aku ada dua position? Rezeki Allah lah awak.

 

Tugasan sebagai production assistant clerk for 3 month only


PENGARUH SOSIAL

Mana mana kilang pon,  kebanjiran foreigners paling selalu kita nampak.  Tak boleh tak terserempak langsung! Majoriti daripada mereka ini dari nepal, bangla,  myanmar,  indonesia dan seangkatan dengannya. Jadi adik adik, kau ada akal untuk berfikir.  Kau ada akal untuk avoid diri kau dari terjebak kepada negative influences.

What kind of negative influences?

Pekerja asing dengan izin (PADI) ni, dia ada tempoh tertentu untuk bekerja dan dia pon diarahkan buat medical check up setiap tahun.  Tapi dari segi attitude tu tak boleh dibuat check up lah pula.

Adik adik yang mudah culture shock ni kena beware lah. Mereke si PADI ni dia dah terbiasa dengan budaya hidup dekat negara dieorang.  Umpama nak di biaskan tu memang susah. Contoh,  si nepal ni suka ludah merata tempat.  Akak kau mi pun tak faham kenapa.  Kau explain lah dekat dia, they couldn't do such think in our country. (Majoriti foreigners bisa ngomong ingelis ya bapak ibuk.  Ngak usah hawatir.)Kalau bebal lagi,  baru lah akak kau ni pergi hamuk dekat dia.

Si PADI ni kadang kadang demand.  Dia rasa dia dah keje lama dekat kilang dan kau si budaj baru hanya lah di celah kuku kaki mereka saja. Geram kan.  Kadang kau dah beratur nak punch card or whatsoever, eh elok elok je dia rempuh.  Siapa orang local sekarang ni?

Si PADI ni juga, ada certain habit yang kau tak biasa.  Contohnya, bau mereka.  Ye kau tak biasa.  Bau makanan mereka,  ye kau tak biasa.  Same goes dengan orang eropah yang tak biasa dengan bau tumis tumisan orang asia.




Tapi,  tak dapat dinafikan. Ada juga si PATI yang baik dekat dalam kilang. Sampai kau rasa ehhh seronok lah kawan dengan dia.  Dan kau pun belajar bahasa dia suka suka.  Kau pun akan tanya macam mana kehidupan dia dekat negara dia.  Secara tak langsung,  kau belajar geografi manusia ๐Ÿ˜‚

Ada juga si PATI yang terlampau lurus.  Kadang kadang orang malaysia ni suka pijak dieorang.  Tapi dieorang ni redha jelah kene kencing.  Kadang kadang tak tahu pun kene kencing.  Punya lah senang nak tunduk kan sieorang supaya dengar cakap kita.  Contoh,  eh you kerja ar public holiday nanti,  replace i sebab barang banyak tak siap *sambil asah kuku 



Betul-betul entry basic ni.  Next time,  aku share info lagi. 




42 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. He..he.he HAHAHAHAHAHAH(keras) terbaik le share, bguna sgt mcm aq yg baru nk cri kerja kilang. Aq baru nak plan pindah kerja ke semenanjung,sbb tak tahan dgn foreign ni! Mereka buat mcm negara sendiri, kita tegur baik2,dia melenting mcm nak pukul org tempatan pulak!. Tau2 di semenanjung pun ada jgak foreign mcm lahanat tu ye XD. Hopeless! xtau nak mcmne kerja tanpa foreign naik kepala ni hmm..

    ReplyDelete
  3. Smlm hari pertama sy kerja kilang..nak patah kaki berdiri 12 jam..uwaaaaaa...doakn sy bertahan smp abis kontrak ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kilang ap tu.. saya x da pengalaman ap apa.. nk try tapi x tau camna..

      Delete
    2. Sama la, nasib fresh graduate ni kene berani redah je keje ape, tapi ade je rse takut nk try sbb tak de pengalaman

      Delete
    3. omg saya pun dah masuk kilang , tunggu keputusan swab je . shift 12jam juga . tapi saya bahagian QC

      Delete
    4. Kerja kilang apa?saya mghu depan baru nk masuk kerja kilang..hrp dipermudahkan urusan...amin

      Delete
    5. Maaf nak tanya, kalau tgh cuti belajar saya nk mohon kerja kilang tapi dlm tempoh sebulan je boleh ke?

      Delete
    6. kerja kilang msti ade berhenti kan sb nk solat astu nk makan? tkkn 12 jam no stop?srslah?? hahaha aku mnggu don bru nk msuk keja.tkde pngalaman lgi keje kilang

      Delete
    7. Sekarang msih kerja kilang lagi ke? Ke dh tukar kerja lain?

      Delete
  4. Amin, moga dipermudahkan. 12 jam mula2 je nk patah kaki, lama2 dh biasa tak de hal.tabah dan bersabar je

    ReplyDelete
    Replies
    1. dgr semua seram2 ja bila 12 jam berdiri tpi bila bca ni rsa mcm okay mula2 kan hrp best esk adalah hri pertama sya

      Delete
    2. saya baru je dapat kerja kilang start bulan depan , nervous nya lahai , i dapat bahagian qc , harap dapat buat terbaik la

      Delete
  5. Skang mmg semua kilang leader yelah nepal...separuh bangl ahhahaha ade yang okey2 tpii kebanyakan semua pengotor..die bwk perangai die dtg sini..ishh mmg pengotor gile lah

    ReplyDelete
  6. As salam.. sy dpt offer job posotion packing leader at 1 kilng buat sarung tangan.. sy x pnh kje position tu.. hmpir due mggu sy berfikir2.. blh x bgi pndpt sikit ttg skop kje packing leader ni.. ade beza ฤทe dgn production leader? Ssh x position ni.. sy jdi confuse nk pilih yg mne 1 coz tarikh lapor diri tu same dgn position warehouse assistant at 1 kilng yg lain..

    ReplyDelete
  7. Kja bawah agent okayh ?terng kan sat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dy ckp potensi salary kene amik tinggi.. So maybe agent akan amik sikit salary kita sebb agent tu ade bantu kite kot..

      Delete
    2. Dia ambik sekali je ataupon setiap kali kite gaji dia ambik?

      Delete
  8. HI.. bole sy thu apa 7 benda yang expected yg bila qc baju tu xsempurna

    ReplyDelete
  9. Berapa lama diorang ambil gaji

    ReplyDelete
  10. Kalau kilang makanan okay tak

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum akak.. test operator ni keje yang macam mana ye kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi btw sya kje kilng mknn almost 3 yrars..kilng mknn pling best sbb bukn industri berat ..klu utk girl lgi sesuai ๐Ÿ˜ฌ

      Delete
    2. Kat mane yer ? Basic plus ot elaun smua agak2 boleh dpt brp ?

      Delete
  12. Klaw kilang makanan cmna plk ya

    ReplyDelete
  13. Kalau kerja sekejap je mcm dlm sebulan gitu and berhenti sebab nk smbung belajar boleh ke eh

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah...ada jugak org yg explain psl kerja2 kilang ni...maklumlah kita org yg bru nak berhijrah di negeri org, nk bekerja dlm industri perkilangan masih lagi ragu2 utk pergi kerana takut ditipu atau apa2 kan. Dengan penerangan yg bagus seperti ini mmbuatkan sy yakin utk bkerja dlm industri kilang. Terima kasih utk perkongsian yaa...๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

    ReplyDelete
  15. Thank you,berguna sangat๐Ÿ’œ

    ReplyDelete
  16. Thank you for being so helpful kak๐Ÿ˜Š๐Ÿ’“! ุฌุฒุงูƒ ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑุง ูˆุจุงุฑูƒ ุงู„ู„ู‡ ููŠูƒ

    ReplyDelete
  17. Membantu hahahah btw test operator kerja mcm mna

    ReplyDelete
  18. Maaf saya nak tanya kalau mintak kerja kilang under agent ada ke yang X potong gaji kerja kita atau kena potong juga?

    ReplyDelete
  19. Kalau lps stpm keja kilang diorang ambik as ape...dh penat nk belajr ahahha

    ReplyDelete
  20. operator and production executive sama ke scope kerja dia??

    ReplyDelete
  21. Nak cuba kerja bidang kilang pulak. Dulu kerja bidang perhotelan dept housekeeping. Yela nak cari pengalaman.

    ReplyDelete
  22. Saya bru 1 bln kja kilang...kja 12 jm..pergi pagi blik MLM..pergi ptg blik pagii.... bahagian Molding..srs pnas gila mold..kne bersih kn mesin utk dpt kualiti...hadap reject.. kejar output..kadang ii nangis kt tempat kja...

    ReplyDelete
  23. Pernah disini ..venture technocom...mludah sbb mkn sireh tu

    ReplyDelete
  24. sy dapat qc kilang kain , okay ke ? takutnya kalau lambat belajar , banyak ke yg kena ingat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis i pun smee jugak . Dpt position qc tp takutnyaa lambat belajar ๐Ÿ˜‚

      Delete
  25. kilang aku nepal jadi leader hahahah bukan setakat pijak je kepala kencing siku lutut sekali dia punya perangai mcm njir suka mengarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuangja punya Nepal. Xde org blh lawan ke?

      Delete
  26. Thanks and that i have a keen give: Whole House Renovation Cost Calculator custom home renovations

    ReplyDelete

Pengalaman kerja kilang (perindustrian)

Dulu, aku nak cari info tentang sesuatu yang ringkas seperti ringkasnya topik aku ini memang payah. Tak banyak carian yang aku jumpa untuk ...